Thursday 8 February 2018

Kemajuan Malaysia dalam BIdang Pendidikan


SENARAI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA)

   Universiti Malaya (UM)

  • dibahagikan kepada dua kampus berotonomi, satu terletak di Kuala Lumpu, manakala yang lagi satu terletak di Singapura.
  • Terdapat 2 akademi di UM, 12 fakulti dan 4 institut.
  • mempunyai 12 buah kolej di dalam kampus iaitu Kolej Kediaman Pertama hingga Kolej Kediaman Kelapan, dan Kolej Kediaman Kesepuluh hingga Kolej Kediaman Keduabelas.
  • terdapat 4 kolej kediaman iaitu Kolej Kediaman Kesembilan, Yayasan Pelajaran Mara, Kolej Kediaman Seksyen 17 dan Kolej Kediaman Pantai Puteri. UM juga mempunyai sebuah hospital iaitu Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) 
  •   Siswazah Universiti Malaya akan berkeupayaan untuk:  

-  Mempamerkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengajian mereka, penyelidikan dan amalan profesional yang bersesuaian serta proses - proses pemikiran kritis, pemikiran kreatif dan penyelesaian masalah.

-   Menggunakan kaedah yang berkesan termasuk teknologi semasa untuk mengurus maklumat, untuk mencapai kepelbagaian matlamat profesional selaras dengan piawaian profesional serta membuat keputusan berdasarkan data dan maklumat yang sesuai.

-  Melibatkan diri dalam pembangunan kendiri dan pembangunan profesional secara berterusan, menyokong pembangunan profesional orang lain dan menunjukkan sikap kepemimpinan dan profesional yang positif serta berbudi pekerti bagi amalan yang berkesan.

-   Berkomunikasi secara berkesan dengan ahli profesional yang lain, masyarakat dan mempamerkan wawasan jelas terhadap tanggungjawab sosial






UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)

  • terletak di George Town, Pulau Pinang.
  • tiga buah kampus lain iaitu sebuah di SEberang Perai dan sebuah lagi di Kelantan dan sebuah kampus luar negara yang menawarkan kursus sains perubatan di Uttar Pradesh, India
  • mempunyai jumlah pelajar sekitar 29,789 orang pada 2006
  • merupakan sebuah daripada lima universiti yang bertaraf universiti penyelidikan intensif di Malaysia.Hal ini jelas mencapai misi dan visinya menjadi universiti bertaraf dunia melalui program penyelidikan bertaraf dunia dengan perancangan dan pelaksanaan aktiviti R&D.
  • mendapat sokongan daripada kakitangan akademik dan sumber manusia yang cemerlang untuk menjayakan misinya.
  • mempunyai pelbagai pusat pengajian yang ditubuhkan pada 1971 untuk memberi peluang kepada seorang dewasa yang bekerja untuk memperoleh kelayakan daripada universiti ini.
  • kebanyakan pelajar mampu membahagikan masa antara kursus graduasi dan waktu bekerja.
  • menawarkan program kursus khas untuk pelajar luar negeri   
  • Para pelajar akan ditimbangkan sebagaimana pelajar sepenuh masa dan akan menikmati kelebihan dalam akademik mahupun kemudahan fizikal.
  • Universiti dan komuniti akan memberikan kelebihan yang sama-rata walaupun berbeza budaya untuk menjadikan ia sesuai dalam peringkat antarabangsa.





SENARAI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA (IPTS)

·        
   UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN (UTAR)

  • mempunyai 14 fakulti, 52 jabatan akademik dan 28 pusat penyelidikan
  • mempunyai dua kampus, Kampus Sungai Long terletak dalam Klang Valley dan Kampus Kampar berada di negeri Perak
  • mempunyai melebihi 26,000 pelajar
  • menawarkan melebihi 117 program, termasuk program asas, ijazah muda berserta program ijazah lanjutan meliputi pelbagai disiplin pengajian dan penyelidikan.
  • mempunyai Fakulti Perniagaan dan Kewangan, Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi ,Fakulti Sains, Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Hijau, Fakulti Seni dan Sains Sosial, Fakulti Perakaunan dan Pengurusan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Fakulti Industri Kreatif, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Lee Kong Chian

·        

Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR)

  • dinamakan sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu Allahyarham YAB Tun Abdul Razak
  • menggabungkan kelas berbentuk konvensional dengan penggunaan berkesan bahan-bahan kursus berasaskan laman sesawang serta proses pengajaran dan pembelajaran dalam talian
  • memiliki 2 buah kampus utama: Kampus PINTAR di Petaling Jaya, Selangor dan Tun Razak City Campus (juga dikenali sebagai Kampus RAZAK) di Kuala Lumpur.
  • Visi baru adalah untuk menjadi institusi terkemuka dalam menyediakan pendidikan berkualiti dan sumber daya manusia dalam bidang-bidang yang menjadi keutamaan negara-negara membangun.
  • berhasrat untuk meningkatkan kerjasama dan rangkaian kolaboratif melalui kerjasama strategik dengan universiti-universiti luar negara yang terkenal dengan bidang pengajian masing-masing.






















No comments:

Post a Comment

Kemajuan Malaysia dalam Bidang Sukan

- Malaysia di ambang untuk dimahkotakan sebagai juara keseluruhan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 setelah mengumpul 145 pi...