Saturday 10 February 2018

Kemajuan Malaysia dalam Bidang Sukan

Image result for sea games 2017







- Malaysia di ambang untuk dimahkotakan sebagai juara keseluruhan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 setelah mengumpul 145 pingat emas keseluruhan, jumlah yang paling banyak dirangkul Malaysia dalam sejarah temasya berkenaan.

- Ini merupakan kempen Sukan SEA paling bermakna buat kontinjen Malaysia, bukan sahaja dengan status penganjuran di laman sendiri, namun keupayaan barisan atlet negara melebihi sasaran 111 emas, termasuk kejayaan memperbaharui beberapa rekod kebangsaan dan kejohanan merupakan satu pencapaian yang boleh dibanggakan.

- Ia juga jauh melepasi pungutan ketika Malaysia menganjurkan Sukan SEA Kuala Lumpur 2001, iaitu 111 emas, 75 perak dan 85 gangsa.




Image result for farah ann sea games 2017
Farah Ann binti Abdul Hadi
lahir 3 Mei 1994 
seorang atlet gimnastik artistik Malaysia
- Dilahirkan di Subang Jaya, Selangor, kepada bapanya Abdul Hadi Ahmad dan Kimberly Ann Gagnon (berasal dari Kanada). 
- Anak kedua daripada tiga beradik dan kakaknya, Katrina Ann, ialah perenang sinkro nasional. 
- 2015, beliau bertanding di Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA), bersaing dalam semua acara
Bar, rasuk, peti besi, latihan lantai, individu dan pasukan dalam pusingan awal pertandingan dan membuatnya ke peringkat akhir semua acara. 
- Beliau mengambil pingat emas pertamanya dalam acara pasukan, diikuti dengan latihan kedua di lantai. - Beliau kemudian memperoleh pingat perak masing-masing di kedua-dua bar tidak sekata, dan peristiwa individu. 


Image result for lee chong wei
 Dato Lee Chong Wei
lahir pada 21 Oktober 1982 di Bagan Serai Perak, Malaysia
- seorang pemain badminton professional dari Malaysia.
- Beliau telah merangkul pingat perak di temasya Sukan Olimpik 2008 dan 2012 dan 2016, maka menjadi rakyat Malaysia pertama yang layak ke pusingan akhir acara perseorangan lelaki, sekaligus menamatkan kemarau pingat Olimpik Malaysia sejak tahun 1996
- Pencapaian ini mengurniakan gelaran Datuk kepadanya, serta sanjungan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai wira kebangsaan.
Lee menduduki tangga teratas dalam ranking pemain badminton lelaki perseorangan selama 199 minggu berturut-turut, iaitu pada 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun 2012.
- Beliau ialah pemain badminton Malaysia ketiga yang mencapai tangga teratas selepas Rashid Sidek dan Roslin Hashim (semenjak ranking rasmi dimulakan pada 1980-an), dan juga satu-satunya jaguh badminton Malaysian yang mempertahankan kedudukan teratasnya selama lebih dua minggu.


Image result for pandelela
Pandelela Rinong anak Pamg
lahir 2 Mac 1993
seorang atlet Malaysia bagi acara terjun. 
- Beliau menjadi wanita pertama Malaysia pembawa bendera di Upacara Pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas 2012 di London dan mencatat sejarah sebagai atlet wanita Malaysia pertama memenangi pingat Olimpik (pingat gangsa) iaitu dalam acara terjunan 10 meter platform wanita. 
- Atlet Malaysia kedua memenangi pingat Olimpik 2012 di London selepas Datuk Lee Chong Wei dalam acara badminton.





Friday 9 February 2018

Kemajuan Malaysia dalam bidang Pengangkutan

Sistem Pengangkutan Jalan

Sistem pengangkutan jalan di Malaysia boleh dicabangkan dengan lebih lanjut kepada beberapa kategori, 
seperti bas, teksi, dan kereta api seperti LRT, KTM, Monorail.

Pengangkutan Bas
Terdapat banyak syarikat bas di malaysia Sebagai buktinya:
  • Rapid KL
  • Metrobus
  • Len Seng
  • Transnasional
Rapid KL merupakan syarikat bas yang terbesar di Malyasia. Hal ini kerana Rapid KL telah mengendalikan 179 perjalanan bas di sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur.

Image result for rapidkl

Pengangkutan Teksi
Teksi-teksi di Malaysia mengenakan bayaran ke atas penumpangnya dengan   menggunakan meter. Kadarnya bermula daripada RM3.00 dan meningkat RM0.10 setiap 150 meter.
Teksi-teksi yang terdapat di negara Malaysia terdiri daripada kereta-kereta yang berwarna merah dan putih dan juga bermodel :
  • Proton Saga BLM 1.6
  • Proton Iswara
  • Proton Wira
  • Proton Waja
  •  Naza Citras
Pengangkutan Kereta Api
 Pengangkutan kereta api yang didapati di Malaysia boleh terdiri daripada:
  • LRT (Light Rail Transit) yang boleh dibahagi kepada Kelana Jaya Line dan Ampang Line
  • KL Monorail
  • KLIA Express
  • KLIA Transit
  • KTM (Keretapi Tanah Melayu).

Image result for LRT





Thursday 8 February 2018

Kemajuan Malaysia dalam BIdang Pendidikan


SENARAI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA)

   Universiti Malaya (UM)

  • dibahagikan kepada dua kampus berotonomi, satu terletak di Kuala Lumpu, manakala yang lagi satu terletak di Singapura.
  • Terdapat 2 akademi di UM, 12 fakulti dan 4 institut.
  • mempunyai 12 buah kolej di dalam kampus iaitu Kolej Kediaman Pertama hingga Kolej Kediaman Kelapan, dan Kolej Kediaman Kesepuluh hingga Kolej Kediaman Keduabelas.
  • terdapat 4 kolej kediaman iaitu Kolej Kediaman Kesembilan, Yayasan Pelajaran Mara, Kolej Kediaman Seksyen 17 dan Kolej Kediaman Pantai Puteri. UM juga mempunyai sebuah hospital iaitu Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) 
  •   Siswazah Universiti Malaya akan berkeupayaan untuk:  

-  Mempamerkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengajian mereka, penyelidikan dan amalan profesional yang bersesuaian serta proses - proses pemikiran kritis, pemikiran kreatif dan penyelesaian masalah.

-   Menggunakan kaedah yang berkesan termasuk teknologi semasa untuk mengurus maklumat, untuk mencapai kepelbagaian matlamat profesional selaras dengan piawaian profesional serta membuat keputusan berdasarkan data dan maklumat yang sesuai.

-  Melibatkan diri dalam pembangunan kendiri dan pembangunan profesional secara berterusan, menyokong pembangunan profesional orang lain dan menunjukkan sikap kepemimpinan dan profesional yang positif serta berbudi pekerti bagi amalan yang berkesan.

-   Berkomunikasi secara berkesan dengan ahli profesional yang lain, masyarakat dan mempamerkan wawasan jelas terhadap tanggungjawab sosial






UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)

  • terletak di George Town, Pulau Pinang.
  • tiga buah kampus lain iaitu sebuah di SEberang Perai dan sebuah lagi di Kelantan dan sebuah kampus luar negara yang menawarkan kursus sains perubatan di Uttar Pradesh, India
  • mempunyai jumlah pelajar sekitar 29,789 orang pada 2006
  • merupakan sebuah daripada lima universiti yang bertaraf universiti penyelidikan intensif di Malaysia.Hal ini jelas mencapai misi dan visinya menjadi universiti bertaraf dunia melalui program penyelidikan bertaraf dunia dengan perancangan dan pelaksanaan aktiviti R&D.
  • mendapat sokongan daripada kakitangan akademik dan sumber manusia yang cemerlang untuk menjayakan misinya.
  • mempunyai pelbagai pusat pengajian yang ditubuhkan pada 1971 untuk memberi peluang kepada seorang dewasa yang bekerja untuk memperoleh kelayakan daripada universiti ini.
  • kebanyakan pelajar mampu membahagikan masa antara kursus graduasi dan waktu bekerja.
  • menawarkan program kursus khas untuk pelajar luar negeri   
  • Para pelajar akan ditimbangkan sebagaimana pelajar sepenuh masa dan akan menikmati kelebihan dalam akademik mahupun kemudahan fizikal.
  • Universiti dan komuniti akan memberikan kelebihan yang sama-rata walaupun berbeza budaya untuk menjadikan ia sesuai dalam peringkat antarabangsa.





SENARAI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA (IPTS)

·        
   UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN (UTAR)

  • mempunyai 14 fakulti, 52 jabatan akademik dan 28 pusat penyelidikan
  • mempunyai dua kampus, Kampus Sungai Long terletak dalam Klang Valley dan Kampus Kampar berada di negeri Perak
  • mempunyai melebihi 26,000 pelajar
  • menawarkan melebihi 117 program, termasuk program asas, ijazah muda berserta program ijazah lanjutan meliputi pelbagai disiplin pengajian dan penyelidikan.
  • mempunyai Fakulti Perniagaan dan Kewangan, Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi ,Fakulti Sains, Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Hijau, Fakulti Seni dan Sains Sosial, Fakulti Perakaunan dan Pengurusan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Fakulti Industri Kreatif, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Lee Kong Chian

·        

Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR)

  • dinamakan sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu Allahyarham YAB Tun Abdul Razak
  • menggabungkan kelas berbentuk konvensional dengan penggunaan berkesan bahan-bahan kursus berasaskan laman sesawang serta proses pengajaran dan pembelajaran dalam talian
  • memiliki 2 buah kampus utama: Kampus PINTAR di Petaling Jaya, Selangor dan Tun Razak City Campus (juga dikenali sebagai Kampus RAZAK) di Kuala Lumpur.
  • Visi baru adalah untuk menjadi institusi terkemuka dalam menyediakan pendidikan berkualiti dan sumber daya manusia dalam bidang-bidang yang menjadi keutamaan negara-negara membangun.
  • berhasrat untuk meningkatkan kerjasama dan rangkaian kolaboratif melalui kerjasama strategik dengan universiti-universiti luar negara yang terkenal dengan bidang pengajian masing-masing.






















Kemajuan Malaysia dalam Bidang Sukan

- Malaysia di ambang untuk dimahkotakan sebagai juara keseluruhan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 setelah mengumpul 145 pi...