Zainal Abidin Ahmad
- Lahir pada 16 September 1895 dan meninggal dunia pada 23 Oktober 1973
- Dikenali sebagai Zaaba
- Seorang sasterawan dan pemikir Melayu
- Keturunan Minangkabau
- Giat menulis sekitar tahun 1940-an.
- Beliau merupakan seorang budak kampung yang berjaya meletakkan dirinya sebagai seorang tokoh yang terkemuka dalam sejarah Malaysia.
- Beliau merupakan seorang cendekiawan Melayu yang dihormati dan selama 40 tahun.
- Beliau aktif dalam kegiatan penulisan termasuk penterjemahan.
- Aktiviti beliau tertumpu kepada penerbitan buku sekolah dan bacaan umum di Biro Penterjemahan, Maktab Perguruan Sultan Idris.
- Beliau menerima pendidikan awal di rumahnya sendiri.
- Beliau diajar untuk mengaji al-Quran dan membaca sejak berumur lima tahun.
- Beliau mula mendapat pendidikan secara rasmi di sebuah sekolah Melayu di Linggi.
- Disebabkan beliau sudah bijak membaca, menulis jawi dan rumi, beliau ditempatkan dalam darjah tiga.
- Beliau menyambung pembelajarannya di Institusi St. Paul Seremban.
- Beliau merupakan orang Melayu pertama menduduki peperiksaan Senior Cambridge dan lulus peperiksaan pada 1915.
- Beliau gemar membaca dan memiliki bakat dalam bidang penulisan.
- Kebanyakan hasil penulisannya muncul dalam akhbar-akhbar tempatan dan majalah-majalah.
- Contohnya,Utusan Melayu, Lembaga Melayu, Pangasuh, dan Pakar Majalah.
- Beliau telah menerbitkan beberapa siri monograf dalam bahasa Melayu.
- Contohnya, Bahasa Pelita, dan Ilmu Mengarang.
- Hasil penulisannya yang lain termasuk Cerita-cerita Shakespeare yang diterbitkan oleh Percetakan Gudang Chap, Singapura.
Abdul Samad bin Muhammad Said
- Dikenali sebagai A. Samad Said
- Lahir pada 9 April 1935
- Seorang Sasterawan Negara Malaysia pada tahun 1986.
- Beliau pernah dianugerahkan dengan Anugerah Penulis Asia Tenggara pada tahun 1979.
- Kini beliau menetap di Bangsar, Kuala Lumpur.
- A. Samad mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946) dan Victoria Institution, Singapura (1956).
- Beliau membaca pelbagai penulisan dari pelbagai bidang .
- Contohnya, politik, sosiologi, ekonomi dan psikologi serta karya-karya besar Li Po, Tu Po dan Rabindranath Tagore.
- Ketika membaca, beliau akan menggaris atau menanda ayat-ayat, dialog-dialog atau ungkapan-ungkapan yang menarik.
- Puisinya yang pertama diberinya judul “Untuk Angkatan 50” yang tersiar dalam Utusan Zaman (1950).
- Samad menjadi ahli ASAS 50, badan penulis yang bergerak dengan slogan, “Seni untuk Masyarakat “.
- Beliau berjaya menghubungkan sasterawan-sasterawan 50-an yang mementingkan tema dan mesej dengan sasterawan yang lebih cenderung menekankan nilai dalam kesusasteraan.
- Beliau tidak pernah secara aktif terlibat dalam perjuangan politik atau ideologi yang menentang penjajah.
- Novel pertama berjudul Gerhana ditukar judul kepada Salina.
- Profesor A. Teeuw dan sesetengah sarjana mengangkat novel ini sebagai bertaraf antarabangsa.
- Namun novel ini hanya memenangi hadiah penghargaan dalam Peraduan Penulisan Novel 1958 anjuran DBP.
- Ketika itu Samad berusia 23 tahun. Salina menceritakan kehidupan daif masyarakat Melayu di Kampung Kambing, Singapura selepas Perang Dunia Kedua.
- Penduduk bergelut dengan kemiskinan, keruntuhan moral di kota dan kebobrokan.
- Tema sebegini sama sekali asing dalam kesusasteraan Melayu.
- Novel Salina telah diadaptasi menjadi teater oleh dramatis Johan Jaaffar dan dipentaskan sempena Pesta Kesenian (1986), dan kemudiannya di Singapura.
- Novelnya Sungai Mengalir Lesu menggambarkan masyarakat Singapura yang menderita akibat perang.
- Masyarakat Melayu dan orang Indonesia yang hidup melarat dan menjadi buruh di Singapura ketika diperintah tentera Jepun (1942-1946).
- Antologi puisi 'Liar di Api' jelas bereksperimen dengan sajak-sajak bebas.
- Antologi lain ialah Benih Harapan (1973), Daun Semalu Pucuk Paku (1975) dan Benih Semalu (1984).
- Samad menulis latar belakang pengalamannya semasa menulis Salina, Sungai Mengalir Lesu dan Langit Petang dalam Dari Salina ke Langit Petang.
- Buku bercorak autobiografi ini merupakan rakaman pengalaman Samad, pahit maung dan peristiwa berkaitan yang diterapkan dalam novel-novelnya.
Dato' Usman Awang
- Lahir pada 12 Julai 1929 dan meninggal dunia pada 29 November 2001
- Seorang Sasterawan Negara Malaysia.
- Terkenal dengan nama penanya Tongkat Warrant.
- Seorang penyair dan ahli drama yang prolifik ketika hayatnya.
- Dikenali dengan nama Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, U.A., Zaini dan barangkali lain-lain lagi.
- Dalam tahun 1991, beliau telah dianugerahi Darjah Kebesaran Dato’ Paduka oleh Sultan Perak Darul Ridzuan yang membawa gelaran Dato’.
- Sajak-sajaknya sentiasa segar, kukuh serta akrab dengan akar budi Melayu dan perikemanusiaan.
- Antara sajaknya yang cukup popular adalah “Pak Utih”, “Ke Makam Bonda”, “Nasib Buruh”, “Bunga Popi”, “Gadis Di Kuburan”, dan “Salam Benua”.
- Usman adalah di antara penyair Melayu yang berhasil mengekalkan semangat dan harmoni pantun di dalam sajak-sajaknya.
- Dengan menggunakan kata-kata biasa dalam penulisannya, beliau pintar menjalin kata-kata itu hingga menjadi begitu indah dan berkesan tanpa melemahkan makna yang hendak disampaikan.
- Usman Awang pernah diundang melawat Amerika Syarikat, Indonesia, Filipina, China dan Rusia, sebagai salah seorang penyair terkenal dari Malaysia.
- Beliau di anggap sebagai seorang yang berjiwa besar dalam bidang sastera yang tidak jemu-jemu memperkayakan budaya negara.
- Beliau telah dilantik sebagai salah seorang anggota Panel Hadiah Karya Sastera dan juga telah dianugerahkan gelaran “Pejuang Sastera” oleh Perdana Menteri pada 29 Mei 1976.
- Mulai tahun 1979, kerana ketokohan, pengalaman dan dedikasinya, beliau dilantik menjadi setiausaha kepada Panel Anugerah Sastera, sebuah badan kehormat yang tertinggi di tanah air.
- Dalam tahun 1982 Usman Awang telah dipilih menerima SEA Write Award.
- Pada 11 Ogos 1983 Usman dianugerahkan pula Ijazah Doktor Kehormat (Persuratan) oleh Universiti Malaya.
- Usman Awang juga adalah penerima Anugerah Sastera Negara bagi tahun 1983.
- Akhbar Berita Harian telah menganugerahi Usman Awang Zamalah Sastera dalam tahun 1985 iaitu untuk kategori Penulis Terkenal (Veteran).
- Anugerah ini bertujuan mengadakan kemudahan berkarya dan memberikan sumbangan kepada perkembangan kesusasteraan tanah air.
- Dalam tahun 1995 beliau diberi Anugerah Penyair Johor.
- Antara karya-karya terkenal adalah :-
Novel : Tulang-tulang Berserakan
Cerpen : Untuk Malaya Merdeka, Turunnya Sebuah Bendera, Kami Yang Terlibat dan lain-lain.
Drama : Muzika Uda dan Dara, Degup Jantung, Malam Kemerdekaan, Tamu Di Bukit Kenny, Matinya Seorang Pahlawan – Jebat, Serunai Malam.
Sajak : Pak Utih, Ke Makam Bonda, Salam Benua, Gadis Di Kuburan, Kekasih, Bunga Popi .
Cerpen : Untuk Malaya Merdeka, Turunnya Sebuah Bendera, Kami Yang Terlibat dan lain-lain.
Drama : Muzika Uda dan Dara, Degup Jantung, Malam Kemerdekaan, Tamu Di Bukit Kenny, Matinya Seorang Pahlawan – Jebat, Serunai Malam.
Sajak : Pak Utih, Ke Makam Bonda, Salam Benua, Gadis Di Kuburan, Kekasih, Bunga Popi .
- Hidupnya sebagai pencipta karya yang asli dan halus tetapi juga sebagai penggerak yang berani memberi inspirasi dan semangat kepada ramai penulis muda.
- Sejak tahun 1950-an beliau merupakan salah seorang pengasas Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPM), Setiausaha Angkatan ASAS 50 di Singapura dan Ketua PENA yang pertama (1962-1965).
- Beliau juga adalah salah seorang yang mengambil daya inisiatif untuk mengadakan Hari Puisi, Cempaka Berbunga, Malam Gema Puisi dan Gentar Rasa di Panggung Anniversary, Manifestasi Dua Seni dan banyak lagi aktiviti lain.
- Kumpulan Puisi “Keranda 152” dan “Telok Gong” juga adalah daya usaha Usman Awang bersama penyair lain.
- Beliau adalah seorang penyair yang tidak pernah luntur dan dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai zaman dan situasi.
No comments:
Post a Comment